Header Ads

TENTANG CYBERCAFE


Salam sejahtera kepada pengunjung blog Theborneocrew, post kali ini ayuh kita bincangkan sedikit tentang Bisnes cybercafe dan sedikit info tentang cybercafe daripada saya.

suatu ketika dahulu, bisnes cybercafe pernah menjadi fenomena dimana pengusaha cybercafe mengaut keuntungan beribu ringgit setiap bulan hanya dengan menyewakan komputer mereka dengan kadar RM1.5 sejam.

pada awal pertumbuhan cybercafe di sabah, para pengusaha masih lagi mengalami kesulitan pening kepala walaupun mengaut untung ribuan ringgit sebulan. hal ini terjadi disebabkan



1. Tidak ada Game server (centralize management)
2. Tidak ada billing system yang canggih (kadang2 ada yang main tulis saja @ logbook)
3. serangan virus yang memenatkan juruteknik
4. pelanggan yang suka buat kacau sampai kadang2 ada yang berniat untuk merosakkan sistem operasi

nah ini dia.... walaupun untuk beribu tapi kepala cepat botak, kan. so dengan peredaran masa dan kemajuan teknologi yang sangat pesat, maka wujudlah sistem2 seperti berikut di alam cybercafe untuk menyenangkan pengusaha-pengusaha cybercafe ini.

1. Game server ( centeralize management / tidak perlu instal ulang perisian atau game di setiap komputer klien)
2. Billing server yang canggih (tidak perlu tulis buku log dan tidak perlu sendiri memberitahu customer yang sedang berabis main game bahawa masa mereka sudah tamat)
3. tidak perlu takut serangan virus ( sudah ada sistem imaging malah ada yang menggunakan diskless)
4. Pelanggan semakin baik (mungkin la hehe/ sudah ada sistem imaging malah ada yang menggunakan diskless)

okey sekarang mari kita buat kira2 yang simple tentang pengusahaan cybercafe ni:

1 PC X RM2 X 10 jam X 10 komputer = RM200 / 1hari (purata)

RM200 kita darabkan dengan 26 hari = 5200 / 1 bulan

jadi yang biasanya kita bayar setiap bulan adalah seperti berikut:
1. sewa permis : RM1000
2. Internet        : RM250 (Business package)
3. Karan          : RM450
4. Air               :RM30
5. Gaji Pekerja :1400 /untuk 2 orang

sum = RM3130
5200 - 3130 = RM2070

Kerja anda hanyalah, monitor perjalan bisness anda, pungut duit setiap hari, menyemak rekod jualan melalui automatic sales record di billing system, berjoging, dll dan anda masih memungut bersih RM2070 setiap bulan..

Itu kalau anda menggaji pekerja, kalau anda buat sendiri, anda akan memungut bersih 3470 setiap bulan, belum ditambah dengan perkhidmatan lain yang anda tawarkan seperti printing, scann, menaip, computer services dan sebagainya...

masa adjust sendiri... boleh buat bisnes MLM atau bisnes lain secara sampingan...

orite.... setakat itu saja hari ini.... semoga post yang saya kongsi bermanafaat buat anda.... salam jumpa lagi

services membangunkan cybercafe : Klik sini


No comments

Powered by Blogger.